BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 8, 2011

Tentang Saya

Tanggal 1990, 5 haribulan Jun, selepas Malaysia mencapai keMerdekaan yang ke 33 kali, maka lahir seorang budak, cukup handsome sejibik macam muka Shuib Sepah, kurus sikit dari Afdlin Shauki . HAHA .

Hospital Besar Kuala Lumpur, permulaan suaraku berkumandang. Nasib baik bapak kita azan taw. kalau tak? Dah kafir laknat dah. Sia sia je. HAHA.

Seperti tertera di dalam kad pengenalan, kita punya nama kan Muhammad Norakmal bin Roseland, hasil pemberian dari nenek moyang punya cucu,setelah di pilih secara rawak dan mendapat sokongan yang tinggi dari jiran jiran, pak shuib penjual tebu, mak limah orang gila, pak mat penjual satay, maka secara rasminya dan secara majoriti mengikut pelbagaian kaum di malaysia terciptalah nama kita ni. sedap tak nama kita? sedapkan,hah awak takde, padan muke! weekkk! HAHA !

Pada usia mencapai tempoh sawa matang, gigi pun dah ada tapi tak penuh sebab suka makan gula gula, tu yang rompong sikit tu. HAHA. berumur dalam lingkungan 6tahun bersekolah di Tadika Cina di Selayang Jaya. tapi cakap cina macam cina mabuk. HAHA. Seterusnya, Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya, bermulalah satu tahap di mana semua budak budak melalui zaman persekolahan kecuali budak bangang yang tak reti nak pegi sekolah. Banyak kenangan, tapi satu pun tak ingat. HAHA. Setelah graduate UPSR, result pun boleh tahan bebal macam orang bangang tak pegi sekolah. Tapi macam je, kite pegi skolah tau, cuma masuk salah pagar je .

Lepas tu macam biasa lah, mesti sekolah menengah pulak, 5 tahun lagi, haduhh! Tapi Syukur Alhamdullilah, tamat dengan jayanya, tapi tak jaya sangat pon sebab result lagi teruk dari orang bangang pergi sekolah tapi tak belajar. HAHA. Tapi sekolah kat Dua tempat berbeza tahu. Firstly, Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Height selama dua bulan je. Lepastu pindah rumah dekat Antara Gapi Panorama Alam Tropika. Masuk iklan tau? Sape yang tak tengok tu rugilah sebab tempat nie macam haram jadah, HAHA. Jadi kita pon sekolah lah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali dan menghabiskan sisa sisa remaja di sini sampai lah laaa nie.

Cukuplah eh, banyak sangat membebel nie, padahal info tak banyak mana pon, nak tahu lagi? ehh tunggu lahh post lain pulak, aku letih tak ingat nie, korang best aa dok baca je. jadi.................

TUNGGU.......